JOHOR BAHRU, 20 Julai 2020 - Sesi Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Wan Ahmad Fayhsal bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) serta Badan Gabungan MBNJ telah diadakan bertempat di R&R Bistro, Bandar Baru Uda. Beliau turut berkongsi isu semasa berkaitan pembangunan belia di Malaysia. Dalam pada sesi yang sama, beliau juga menyampaikan cek bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Daerah-daerah yang telah diperuntukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Majlis Belia Malaysia dan MBNJ. Turut hadir Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, Presiden MBNJ dan Encik Shamsuhaine Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Disediakan oleh Majlis Belia Negeri Johor Disunting Oleh JBS Johor