Kota Tinggi, 12 Julai 2020 - Majlis Penyerahan Bantuan Alat Bantu Niaga berupa Mesin Rumput , Ketuhar , mixer dan lain-lain dalam Program Sinergi Pasca @Covid19 Pemulihan Ekonomi Belia Siri 1 Daerah Kota Tinggi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Penyampaian Alat Bantu Niaga Telah Disampaikan Oleh Tuan Mohd Fahmi Bin Nasir Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi. MBD Kota Tinggi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Johor , Tuan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kota Tinggi , IKLAS Johor, Majlis Belia Negeri Johor, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Tinggi dan semua pihak yang membantu menjayakan program hari ini. Terima kasih juga kepada penceramah jemputan yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar Saudara Khairul Nizam dan Puan Siti Fadzilah Binti A Rahman. Kepada 30 orang penerima bantuan, mudah mudahan ia bermanfaat kepada anda dan keluarga. Jadikan ia sebagai permulaan untuk membina kehidupan baru. #DenganMerdekaBersatuHati #BeliaBekerja #BeliaBerniaga #HidupBerjasa Disediakan oleh Bahagian Belia JBS Johor