5 Oktober 2019, Johor Bahru,- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan Kerjasama Kelab Sukan Senamrobik Tampoi, SUK Bahagian Perumahan dan Kelab Bola Sepak Sri Stulang telah menganjurkan Program Sukan Untuk Belia Peringkat Negeri Johor yg diadakan di PPR Sri Stulang. Antara aktiviti yang diadakan adalah Sukaneka KEMAS, Sukaneka untuk Penduduk Sri Stulang, Pertandingan Mewarna, Cabutan No Bertuah, Futsal ,Bola Jaring 3 ON 3 dan Pemeriksaan Kesihatan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBS Johor