13 Oktober 2019 - Telah berlangsung Program Sukan Luar Bandar 2019 Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bersama Jabatan Orang Asli Negeri Johor (JAKOA) dengan kerjasama Kelab Belia Orang Asli Sayong Pinang (KBOASP) di Dataran Kejat, Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor

Pelbagai acara sukan telah diadakan diantaranya ialah Sukaneka Dewasa & Kanak-Kanak, Futsal Terbuka Lelaki, Sepakan Penalti Wanita, Memancing Tradisional, Panjat Tiang Licin dan Tarik Paip Gris. Program ini telah melibatkan hampir 600 orang peserta yang melibatkan perkampungan Orang Asli seluruh Negeri Johor. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor .

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor