KOTA TINGGI, 17 Julai 2020 - Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyantuni Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) , Universiti Kebangsaan Malaysia dalam slot Bicara Santai Anak Muda sempena Program Sentuhan Kasih Anak Muda Kota Tinggi DUN Panti di Kg Temenin Baru. Bicara santai tersebut telah menampilkan panelis Sdr. Manndzri Hj. Nasib, mantan Presiden MBNJ dan Sdr. Mohd Aminullah A. Wahab, EXCO MBNJ. Peserta disajikan dengan perkongsian pengalaman daripada panelis serta bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain. Program ini juga dijayakan bersama dengan pimpinan Majlis Belia Daerah Kota Tinggi. Disediakan oleh MBN Johor Disunting oleh JBS Johor