KOTA TINGGI, 19 Julai - Program Santai Belia sempena Lawatan Rasmi YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor ke Daerah Kota Tinggi telah diadakan di Wisma Belia Kota Tinggi. YB Datuk Onn Hafiz juga sempat melawat sekitar Wisma Belia tersebut bagi melihat keadaan infrasruktur yang boleh ditambah baik. Selain itu juga belia turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada persatuan-persatuan gabungan dalam daerah Kota Tinggi. Turut hadir sama Tuan Haji Farizal, Pegawai Daerah Kota Tinggi; Tuan Haji Sidek Paimon, Ketua Pegawai Eksekutif IKLAS Johor dan Sdr. Nurhafizuddin Suraddi, Setiausaha Kehormat MBNJ. Disediakan oleh MBN Johor Disunting oleh JBS Johor