10 April 2022, Tebrau - Bagi mengimarahkan ramadhan pada bulan ini Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bersama Pengurusan Masjid Jamek Kangkar Tebrau telah menganjurkan program Rakan Muda Ramadhan peringkat Daerah Johor Bahru 2022.

Antara pengisian utama adalah Tadarus Al-Quran terbuka kepada masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan generasi muda. Seramai 20 orang peserta turut terlibat di dalam program ini.

Bagi daerah Johor Bahru, program Rakan Muda Ramadan telah dijalankan di Masjid Jamek Kangkar Tebrau, Johor Bahru bermula 10 April hingga 20 April 2022



Disediakan oleh PBSD Johor Bahru