1. CHOKOH, TG. PIAI, PONTIAN. 28 Oktober 2019 - Sebanyak lima (5) buah rumah telah menerima kehadiran seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS), Sukarelawan Rakan Muda Pontian dan Penduduk-penduduk tempatan.

Program ini bermula jam 7.30 pagi di Sekolah Agama Sinaran Chokoh di mana ke semua peserta melapor diri, sarapan pagi dan melakukan aktiviti rengangan dan seterusnya di beri taklimat dan pembahagian tugas mengikut rumah-rumah yang telah ditetapkan.

Dalam program ini, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, Malaysia turut sama menjayakan aktiviti gotong royong bersama peserta-peserta sukarelawan dan dapat menziarahi tiga (3) buah rumah keluarga yang menerima program ini.

Turut sama YBhg. En. Norazli b. Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS, YBhg. En. Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan En. Norman, Pengerusi MPKK Kg. Chokoh, Tg. Piai.

Program ini tamat jam 5.00 petang dan peserta-peserta berkumpul semula di Sekolah Agama Sinaran Chokoh.

Disediakan Oleh PBSD Pontian