PONTIAN, 5 Disember 2021 : Bersempena dengan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dengan kerjasama Persatuan Belia Cergas Pontian telah menganjurkan Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Pontian.Seramai 35 orang sukarelawan daripada Persatuan Belia Cergas Pontian telah menyertai program ini. Antara acara yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti, senamrobik yang turut diserta oleh Ybhg Encik Tan Eng Meng, wakil rasmi Dato Sri Dr Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai, gotong royong membersihkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian serta khidmat sanitasi di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pontian (AADK). Selain itu, pihak AADK turut meluangkan masa dengan memberi ceramah dan pameran berkenaan bahaya penggunaan dadah yang telah disampaikan oleh Puan Noor Jazimah Binti Mokhtar, Penolong Pegawai AADK Daerah Pontian.Turut hadir ke program ini adalah, Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Encik Lee Soon Chong, Penasihat Persatuan Belia Cergas Pontian. Program tamat pada jam 1.15 tengahari.Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian.#PrihatinMahirDinamik#RakanMuda#HKBM2021