Tangkak, 18 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan Program Prolog Sistem ARPRM Peringkat Negeri Johor 2022 yang melibatkan seramai 40 orang peserta daripada Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah, Badan Operasi ARP, Pemimpin ARP serta Penggerak ARP.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan mempelajari tatacara penggunaan aplikasi/ sistem dalam pembangunan ARPRM. Selain itu, penggunaan aplikasi/ sistem adalah selaras dengan saranan kementerian untuk melahirkan golongan belia yang celik IT.

Program yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Ledang, Tangkak ini telah dirasmikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir Puan Siti Hazwani binti Rosli, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Ledang & Puan Nur Hashiqin binti M Ali Othman, Unit Latihan dan Pentauliahan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

#JBSNBersama

#jbsjohor

#arprm

Disediakan oleh JBSN Johor