LARKIN, 3-5 September 2019 - Telah berlangsung Program Pembangunan Sukan Para Ping Pong MSN/MILO/JBS Peringkat Negeri Johor 2019 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Program ini adalah anjuran Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Seramai 16 peserta OKU, 1 Jurulatih MSN, 1 Penggerak Para Ping Pong Johor dan 3 orang Urusetia telah terlibat di dalam menjayakan Kem ini. Selain program latihan praktikal dan teori, para peserta juga telah di dedahkan dengan mini pertandingan untuk mengukur tahap pencapaian para peserta.

#parapingpongjohor
#teamparajohor
#TeamJBSNJohor


Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor