Larkin, 24 April 2022 - Program Mahabbah Ramadan Bubur Lambuk anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan YADIM Negeri Johor telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Muhammad Ammar bin Abdullah, Pengarah YADIM Negeri Johor turut hadir bagi memeriahkan program ini.

Tazkirah sempena Ramadan turut diadakan dan telah disampikan oleh Ustaz Muhamad Amir Hamzah bin Jamal.

Kakitangan Jabatan, YADIM Johor dan PESRON Johor bersama-sama bergotong royong memasak dua periuk Bubur Lambuk dan telah diagihkan kepada semua kakitangan ibu pejabat, JBS Johor, PBSD Johor Bahru dan KOMBES. Agihan bubur lambuk ini turut dibuat kepada agensi kerajaan di Wisma Persekutuan bagi mengeratkan jalinan muhibbah yang sedia terjalin.

Disediakan oleh JBSN Johor