Pontian, 11 Jun 2022 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melaksanakan Program Kelab Rakan Muda @ Kompleks Rakan Muda (KRM@KRM) Peringkat Negeri Johor 2022 yang melibatkan seramai 30 orang peserta daripada Kelab Rakan Muda Tanjong Piai dan Persatuan Belia Cergas Pontian.

Objektif program ini adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan keupayaan golongan belia melalui latihan kemahiran secara tidak formal berdasarkan elemen gaya hidup sihat. Selain itu, program ini juga sebagai salah satu usaha untuk membina keyakinan serta mencungkil kreativiti golongan belia dalam skala kecil.

Program yang dilaksanakan di Pusat Latihan Taekwondo (Kelab Taekwondo Cergas), Pekan Nenas ini telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir Encik Patrick Teo dan Encik Cheok Cheng Leong selaku penceramah jemputan serta Encik Lee Hock Cheong, Penasihat Persatuan Belia Cergas Pontian.

Disediakan oleh JBSN Johor