JOHOR BAHRU, 27 Januari 2022 - Program Derma Darah @KBS Negeri Johor anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Program dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi Hospital Sultan Ismail dan Persatuan Belia Cergas, Pontian ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam dan penduduk setempat menderma darah dan secara tidak langsung membantu meningkatkan keperluan tabung darah di Hospital, khususnya di Negeri Johor. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs. Encik Shamsuhaime bin Basir dan Timbalan Pengarah Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli. Disediakan oleh JBSN Johor