22/04/2022 , Gugusan Felda Lok Heng - Persatuan Belia (MBFM) Felda Gugusan Lok Heng,Kota Tinggi telah menganjurkan Program Jengah-jengah Sahur dan Bubur Lambuk di Wisma Belia MBFM Lok Heng Barat bermula jam 8.00 pagi di ketuai oleh Saudara Muhammad Firdaus Bin Marju,Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Lok Heng Barat.

Gotong Royong menyediakan bahan-bahan memasak bubur lambuk giat dijalankan bersama-sama dengan 50 orang ahli-ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Gugusan Lok Heng.

Sebanyak 6 buah periuk bubur lambuk telah dimasak secara bergotong royong dengan agihan 1500 bungkus kepada masyarakat Felda Gugusan Lok Heng. Turut Hadir dalam program ini adalah En Ruhisyam Bin Ibrahim, Pegawai Belia & Sukan Kota Tinggi.

Pada jam 12.00 malam bermulalah aktiviti jengah-jengah sahur yang menjelajah ke rumah-rumah golongan kurang bernasib baik seperti OKU, pesakit kronik, asnaf dan rumah ahli-ahli Persatuan Belia (MBFM) Lok Heng yang ditimpa musibah dengan menyampaikan bantuan dan sumbangan keperluan makanan.

Konvoi jelajah jengah-jengah sahur ini telah bermula dengan berkumpul di perkarangan Kompleks Sukan Komuniti Lok Heng dan berakhir ditempat yang sama serta aktiviti bersahur diadakan bersama-sama peserta Persatuan Belia (MBFM) Gugusan Felda Lok Heng.

Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Gugusan Felda Lok Heng yang berjaya menganjurkan Program yang cukup bermakna ini.

Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi