16 Februari 2020, Alor Gajah Melaka – Program Jamboree Kem Anak Muda (KAMU) #Youth Power 2020 telah di anjurkan oleh Majlis Belia Felda bersama Youth Power Clubber tempat di Kem Permata Resort Alor Gajah, Melaka. Program ini telah bermula pada 14 hingga 16 Februari 2020.Seramai 273 orang peserta telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada peserta daripada Majlis Belia Felda Wilayah Segamat, Johor Bahru, Raja Alias, Mempaga dan Kuantan. Selain dari itu, peserta –peserta juga terdiri daripada Program AMWAL JBS Negeri - Negeri. JBS Negeri Johor telah menghantar seramai 6 orang peserta dari Daerah Johor Bahru.

Program ini telah dirasmikan oleh En. Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mewakili Dr Zainah Binti Shariff Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir bersama En. Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Pn. Junaine Binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Muhammad Fadzli Bin Hasan, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, En. Jufitri Bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia, En. Nik Hasrul Bin Mohd Zainuddin, Ketua Unit Pembangunan Komuniti Felda.

Disediakan oleh Bahagian Belia JBSN Johor