Johor Bahru, 18 Julai 2022 - Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 adalah salah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Kelab Belia Sungai Tiram. Program ini telah dilaksanakan di SMK Mohd Khalid, Johor Bahru.

Seramai 137 orang peserta dan 43 orang guru pengiring terdiri daripada 43 buah sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Penutup bagi program ini adalah Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis Timbalan Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Mohamad Norwafi bin Mohd Noor Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Suhadi bin Salleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Puan Belinda Michelle Anak Benedict Penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (PBSD JB), Encik Mohd Idzwan bin Jamaluddin Pengerusi Kelab Belia Sungai Tiram, Encik Mohd Sidek bin Roslan Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Johor Bahru selaku Penceramah Jemputan dan Puan Suriani binti Jusoh Penolong Pegawai Antidadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru juga selaku penceramah jemputan.

Sumber dari

Bahagian Pembangunan Belia

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

#inimasakita

#daribeliauntukbelia

 

Disediakan oleh JBS Johor