Parit Raja, 22 April 2022 - Majlis Berbuka Puasa atau lebih sinonim dengan nama Iftar Ramadan sangat tidak asing bagi belia daerah Batu Pahat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat memenuhi undangan Majlis Berbuka Puasa daripada Majlis Belia Daerah Batu Pahat (MBDBP) dan dihadiri oleh Puan Nur Amalina binti Holidi dan Puan Erni Nurshanisza binti Mohd Markhaza.

Seramai 50 orang belia hadir mewakili badan gabungan MBDBP dan bersama-sama memeriahkan majlis jalinan ukhwah ini. Turut diadakan Majlis Perpisahan buat Encik Mohd Remiezan Effendie bin Ibrahim, Mantan Pegawai Unit Sukan PBSD Batu Pahat, yang bertukar ke Edu Hub, Pagoh.

Menyambut keberkatan bulan Ramadan, semoga jalinan silaturahim dalam kalangan belia dapat dieratkan dan dipermudahkan segala urusan. Belia Batu Pahat tetap unggul

#PBSDBP

#MBDBP

#IftarRamadan1443H

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat