PEKAN NENAS,PONTIAN 8 Februari 2020 - Persatuan Belia Cergas Pontian bersama Kelab Taekwondo Cergas dan Way Out Adventure telah mengadakan Program Gongxi Raya 2020. Program ini dirancang dan dilaksanakan oleh peserta-peserta Pingat Emas Anugerah Remaja Perdana (ARP). Untuk makluman, Persatuan Belia Cergas ini merupakan Badan Operasi (BO) ARP Rakan Muda yang aktif sekitar Pekan Nanas.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah mewakili YBhg. Tn. Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor, En. Shamsuhaime b. Basir untuk hadir bagi memeriahkan sambutan Program tersebut. Turut hadir sama ADUN Pekan Nanas, YB Yeo Tung Siong.

Program ini bermula 12.00 tengah hari dan tamat kira-kira jam 2.00 petang.

Disediakan oleh PBSD Pontian