1. RAMBAI, PONTIAN, 12 Oktober 2019 - MPKK Kawasan 3, Mukim Rimba Terjun dengan kerjasama Pejabat Belia Sukan Pontian, KOSPEN, Pejabat KEMAS Pontian & Pejabat Parlimen Tg. Piai telah
  2. menganjurkan Program Fun Ride Amalan Hidup Sihat dan Program Komuniti Sejahtera Kayuhan Amal sempena Fit@BSN Pontian 2019.

Dianggarkan seramai 500 orang penduduk tempatan telah menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan Kayuhan Sihat, Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Kesihatan dan lain-lain lagi. Bagi memeriahkan program, pihak penganjur juga menyediakan lebih 30 unit Hadiah Cabutan Bertuah.

Program diserikan lagi dengan kehadiran YB. Suhaizan b. Kaiat, Speaker DUN Johor merangkap Penyelaras DUN Kukup yang telah merasmikan program tersebut. Selain itu, En. Mohd Faiz b. Azman, Penolong Pegawai Daerah Pontian, En. Muhammed Ali b. Abd Wahab, Penghulu Mukim Rimba Terjun, En. Afzanizam Sarbin, Pengerusi MPKK Kawasan 3, En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan En. Mohd Lokman Mohd Johari, Pengerusi Persatuan Belia Rambai Jaya juga turut hadir.

Disediakan oleh PBSD Pontian