SERKAT PONTIAN, 16 September 2019 - Seramai 350 orang peserta telah menyertai Program FitMalaysia@Community Setengah Tahun Ke-2 (Siri 1) 2019 sempena Karnival Penghujung Selatan Benua Asia anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor di Dataran Serkat, Pontian.

Program bermula seawal jam 7.00 pagi dimulai dengan aktiviti pemanas badan iaitu Senamrobik yang diketuai oleh Instruktor-instruktor Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang, Pontian. Manakala acara kayuhan berbasikal sejauh 30km pula bermula jam 8.00 pagi yang dilepaskan oleh YBhg. Tn. Dr. Hj. Khalid b. Hj. Jusoh, Pentadbir Tanah Pontian wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian. Turut hadir ke Program ini ialah En. Roslan Penghulu Mukim Serkat dan En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Program tamat kira-kira jam 11.00 pagi dengan penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah kepada peserta-peserta Program.

                                                   

Disediakan Oleh PBSD Pontian