MUAR, 6 November 2019 – Program FitMalaysia@Community peringkat daerah Muar 2019 bagi setengah tahun kedua telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di SJKC Chung Hwa 2A dan 2B, Muar bermula jam 7.30 pagi.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah bagi kebenaran penggunaan tempat dan penglibatan pelajar serta guru yang telah menyertai aktiviti senamrobik diketuai oleh Cik Laura.
Program ini dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar dengan kerjasama Persatuan Belia Komuniti Pemuzik Muar.

Disediakan oleh PBSD Muar