PONTIAN, 15 September 2019 - Program Ekspresi Komuniti (EK) Johor 2019 telah menamatkan siri Jelajahnya apabila bersiaran di lokasi terakhir iaitu Daerah yang ke-10 di Daerah Pontian. Hampir 200 orang komuniti Belia setempat menyertai Sesi Townhall yang diadakan bermula jam 9.00 malam dan berakhir kira-kira jam 11.30 malam di tapak Pontian Street Bundle, Pusat Perdagangan Pontian.

Acara santai itu disertai oleh Panel-panel yang terdiri daripada YB. Tn. Sheikh 'Umar Bagharib b. Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Johor dan YBhg. Dato' Ismail Ibrahim, CEO IRDA. Moderator Sesi Townhall ini ialah Saudara Azizul Abdul Latif.

Turut hadir bagi memberi sokongan ialah YB. Yeo Tung Siong, ADUN Kawasan Pekan Nanas dan YB. Muhammad Taqiuddin b. Cheman, ADUN Pulai Sebatang. Hadir sama wakil-wakil rasmi Pejabat Daerah Pontian, Majlis Daerah Pontian dan Majlis Belia Daerah Pontian.

Tujuan program ini dilaksanakan untuk mendapat data mengenai keperluan-keperluan anak muda yang berpersatuan dan tidak berpersatuan untuk persediaan Bajet Johor 2020 khususnya di bawah sektor pembangunan belia.

Untuk makluman, Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Kerajaan Johor dan IKLAS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Negeri Johor (JOYDEC) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Disediakan Oleh PBSD Pontian