SEGAMAT, 26 NOVEMBER 2019 - Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Daerah Segamat bermula hari ini selama 3 hari sehingga 28 November nanti. Ia diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam.

Program Kementerian Belia dan Sukan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Segamat, Polis DiRaja Malaysia Daerah Segamat dan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat.

Seramai 45 orang peserta meliputi 40 lelaki dan 5 wanita telah mendaftar dan memulakan program. Para peserta ini datangnya dari ahli Persatuan Belia, pelajar sekolah menerusi Pejabat Pendidikan Daerah Segamat (sekolah terpilih), pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Segamat.

Selama 3 hari, para peserta akan mengikuti 7 teras modul aktiviti iaitu aktiviti kerohaniabmn, latihan dalam kumpulan, dialog / forum, lawatan / pembelajaran berasaskan pengalaman, aktiviti kesukarelaan / kemasyarakatan, pendedahan peluang pendidikan kemahiran / keusahawanan dan aktiviti riadah.

Adalah diharapkan para peserta beroleh serba sedikit manfaat dari program yang dijalankan ini.

Disediakan oleh PBSD Segamat