PONTIAN, 23 APRIL 2022- Telah berlangsung program Active Aging and Wellness Peringkat Negeri Johor 2022 bertempat di Green Garden Care Centre, Pontian dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Pusat Jagaan Orang Tua Green Garden Care Centre dan Persatuan Johor Bahru E-Sports Association.

Program ini telah berjaya mensasarkan penyertaan seramai 71 orang yang terdiri daripada warga emas berumur 50 tahun ke atas. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Turut hadir bersama ialah En Mohd Fadhil bin Jamal Penolong Pengarah, En Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan En Chong Hee Pengarah Urusan yang mewakili pihak pengurusan Green Garden Care Centre.

Disediakan oleh JBSN Johor