Muar, 23 November 2019 - Pesta Sukan Muar 2019 dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman bertempat di Stadium Sultan Ibrahim,Muar, Johor.

Kemeriahan Pesta Sukan Muar dirasai dengan kehadiran lebih 3,000 orang yang turut hadir meluangkan masa menyertai acara sukan dan kecergasan bersama seisi keluarga menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu Fun Run, Fun Ride, Zumba, Pertandingan Mewarna, Bola Jaring, Ragbi Sentuh, Futsal Padang, Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, eSports dan Cabutan Nombor Bertuah.

Program ini dikelolakan oleh Kelab Belia Skuad Bandar Maharani dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas kejayaan penganjuran program Pesta Sukan Muar 2019.

Disediakan oleh PBSD Muar