SEGAMAT 29 Mei 2022 (Ahad): Pasukan Bola Keranjang Lelaki SwarriorS dan Pasukan Bola Keranjang Wanita Steady muncul Johan di Pertandingan Bola Keranjang (3 lwn 3) "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 Peringkat Daerah Segamat yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Segamat.

Pertandingan yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Segamat ini telah disertai sebanyak 8 pasukan bagi kategori Lelaki dan 5 pasukan bagi kategori wanita. Format pertandingan dijalankan secara liga diperingkat kumpulan dan kalah mati pada pusingan seterusnya.

Bagi kategori lelaki telah dimenangi Pasukan SwarriorS, Naib Johan Pasukan SwarriorS B, berkongsi ditempat ketiga adalah pasukan CPM Trading dan Happy. Manakala bagi kategori wanita dimenangi pasukan Steady, Naib Johan pasukan "3ON3 Basket Ball" berkongsi ditempat Ketiga pasukan "TCTCT" dan pasukan "Ying Cheng B".

Puan Cheng Mooi Hoon, Setiausaha Persatuan Bola Keranjang Segamat yang diiringi saudara Mohd Faiz Hj Mohamad Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, turut hadir dimajlis tersebut ialah Encik Hasdi Ismail .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Bola Keranjang Segamat diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan pertandingan untuk tahun 2022 dan tahniah kepada semua pasukan yang menyertai. Semoga berjumpa lagi ditahun hadapan.

#SukanUntukSemua

Disediakan oleh PBSD Segamat