SEGAMAT 14 MEI 2022: Telah berlangsung Pertandingan Badminton Berpasukan "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 Peringkat Daerah Segamat di Dewan SJKC Li Chi. Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Cosmos Taekwondo Club dan Segamat City Badminton Club (SCBC).

Pertandingan yang dijalankan secara liga telah dimenangi Pasukan Majlis Pembandaran Segamat (MPS) sekaligus menjadi Johan, Pasukan Fighter BC Naib Johan manakala Pasukan TS Sports dan Pasukan KARISMA berkongsi ditempat Ketiga.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Encik Anuar bin Abd Manap ADUN Kawasan Pemanis. Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus, Presiden Cosmos Taekwondo Club, Master Azli Shah bin Ismail Wang dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat saudara Mohd Faiz Hj Mohamad .

Disediakan oleh PBSD Segamat