24 April 2022 ,Kota Tinggi - Satu perjumpaan bagi penyelarasan Southern Volunteers bagi Pengagihan beras dibawah Bantuan Kasih Bangsa Johor di DUN Johor Lama dan DUN Sedili telah dihadiri oleh Pegawai Khas kepada YB DUN Johor Lama dan DUN Sedili bersama-sama dengan Pegawai Kemasyarakatan Majlis Daerah Kota Tinggi dan Pegawai JOYDEC Kota Tinggi.

Perjumpaan ini diselaraskan oleh En Ruhisyam Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi bagi membantu Pejabat Daerah Kota Tinggi menyelaras bantuan ini dengan sebaiknya. Perjumpaan ini adalah untuk memastikan pengagihan beras bangsa johor dapat diselaraskan dan diagihkan dengan lancar oleh Southern Volunteers di Kawasan DUN dan disetiap buah rumah di Seluruh Kota Tinggi sehingga berakhir pada 15 Mei 2022.

Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi