4 MAC 2020, JOHOR BAHRU - Kunjungan hormat dari Majlis Belia Negeri Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Md Salleheen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor berserta barisan Exco tertinggi Majlis Belia Negeri Johor mengadakan kunjungan Hormat kepada En. Shamsuhaime bin Basir, Pengarah , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor .

Intipati perjumpaan ini membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan aspek pembangunan  belia di Negeri Johor selaras dengan matlamat untuk membawa belia ke persada yang lebih tinggi. Oleh itu, Majlis Belia Negeri Johor komited untuk berkolaborasi dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dalam melibatkan belia menyertai program yang akan dilaksanakan. 

Disediakan oleh Bahagian Belia JBSN Johor