PONTIAN, 19 Julai 2022 - YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian telah mengadakan perbincangan pelaksanaan Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 pada jam 3.30 petang tadi bersama kepimpinan Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian.

Cadangan pelaksanaan ialah pada bulan September 2022. Tujuan sambutan ini ialah bagi menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara.

Pelbagai idea dan buah fikiran telah dicadangkan oleh semua yang hadir. Bersama kita doakan agar perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#IniMasaKita

#HariBeliaNegara2022

#KeluargaMalaysia

Disediakan oleh PBSD Pontian