PONTIAN, 17 Februari 2020 - Mengadakan perbincangan pelaksanaan Program FitMalaysia@Community Daerah Pontian 2020 antara wakil Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang, Puan Ismawaty bt. Ismail dan pihak pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, En. Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 9.00 pagi. Pelaksanaan Program ini adalah sebanyak 32 sesi selama 8 bulan bagi tahun 2020. Ianya akan diselaraskan oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang dan akan menyediakan Instruktor Kecergasan yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pihak kami mengalu-alukan masyarakat setempat dapat hadir menyertai aktiviti yang disediakan disamping memberi sokongan ke arah Gaya Hidup Aktif. Disediakan oleh PBSD Pontian