PEKAN NANAS, PONTIAN, 16 Februari 2020 - Satu perbincangan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda Tahap Emas yang akan diselaraskan oleh Persatuan Belia Cergas Pontian telah diadakan di Restoren Asam Pedas Madu 3 jam 11.00 pagi.

Perbincangan tersebut dihadiri En. Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, En. Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas Pontian, Cik Sum Pie Jie, Pengerusi Persatuan Belia Cergas Pontian dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kelab Taekwondo & Persatuan Belia Cergas Pontian.

Dalam perbincangan tersebut, pihak Persatuan menjangkakan seramai 70 orang pesertanya akan memulakan perancangan bagi menjayakan misi tahap Emas tersebut.

Selain perbincangan berkaitan ARPRM, turut diadakan perbincangan takwim tahunan Persatuan Belia Cergas Pontian dan Kelab Taekwondo Cergas bagi tahun 2020.

Semoga terus berusaha & berjaya!

Disediakan oleh PBSD Pontian