PONTIAN, 19 April 2022 - YBrs Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian bersama kakitangannya telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama YBhg Encik Mohd Ezzuddin bin Sanusi, YDP Majlis Perbandaran Pontian berkaitan pelaksanaan Program MSL Daerah Pontian Tahun 2022 pada jam 11.10 pagi tadi.

Perbincangan tersebut berlangsung selama kira-kira 20 minit bagi menyelaras dan menetapkan tempat - tempat pelaksanaan Pertandingan Acara Sukan Program MSL yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Mei 2022 ini. Turut dibincangkan beberapa perkara berkaitan pembangunan sukan daerah.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Encik Mohd Ezzuddin bin Sanusi atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kerjasama ini berterusan ke program-program akan datang.

#MalaysiaSportsLeague2022

#JBSNBersama

#SukanMenjanaPerpaduan

Disediakan oleh PBSD Pontian