24 Julai 2022, Kluang - Satu mesyuarat bersama Pengarah Penjara Negeri Johor dan Pengarah Penjara Kluang telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Reben Kuning. Objektif utama program Reben Kuning adalah bagi memberi peluang kedua buat bekas tahanan penjara dan bekas tahanan juvana untuk menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama kelab Belia Orang Asli Sayong Pinang.

 

Disediakan oleh JBSN Johor