PONTIAN, 11 November 2021 - YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian telah menghadiri satu perbincangan Festival Orang Muda Johor 2021 (OMJ21) Daerah Pontian jam 9.00 pagi tadi. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Hisyamudin bin Amat, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian. Festival ini yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dijangka akan berlangsung serentak di 10 buah Daerah Negeri Johor pada 20 November 2021 (Sabtu).Pelbagai aktiviti dirancang dan disusun mengikut citarasa orang muda Johor yang diselaraskan oleh pihak Majlis Perbandaran Pontian bersama beberapa agensi kerajaan termasuk Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, Pertubuhan Belia dan Persatuan Sukan Daerah Pontian. Di Daerah Pontian sebanyak 5 aktiviti sukan telah dirancang pada 20 November 2021 ini iaitu Fun Ride, X-plorace, Street Soccer, Taekwondo, Senamrobik dan 1 aktiviti khidmat masyarakat iaitu pembersihan tepi laut. Lokasi aktiviti ini akan berlaku di Dataran Majlis Perbandaran Pontian dan Dewan Tunku Ismail, Pekan Nanas pada jam 8.00 pagi.Pihak penganjur mengalu-alukan penglibatan orang muda Johor khususnya orang muda Pontian untuk menyertai Festival ini nanti. Difahamkan pihak penganjur akan menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir dan mendaftar di meja pendaftaran.Semoga berjalan dengan lancar. Perbincangan tamat kira-kira jam 11.15 pagi.Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian. #KeluargaMalaysia#PelanPemulihanNegara#OrangMudaJohor