PEKAN NANAS, 16 September 2019 - Satu Majlis Penyerahan Bendera Kelab Taekwondo Cergas dan Sempena Sambutan Hari Malaysia 2019 dianjurkan oleh Kelab Taekwondo Cergas dan Persatuan Belia Cergas Pontian telah diadakan di Dewan SJKC Yu Ming Pekan Nanas.

Majlis diadakan kerana seramai 150 orang peserta akan menyertai Kejohanan Taekwondo Seni Bela Diri Kukkiwon Cup Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor Tahun 2019 pada 26 hingga 28 September 2019 di Dewan Serbaguna Desa Cemerlang, Johor Darul Ta'zim.

Majlis tersebut dihadiri YB. Yeo Tung Siong, ADUN Pekan Nanas selaku perasmi Majlis dan turut sama En. Mohamed Azrul Syam b. Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Selamat Maju Jaya kepada peserta & SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-56 TAHUN!

Disediakan oleh PBSD Pontian