AYER BALOI, 30 Mac 2022 - Persatuan Belia Bersatu Seri Pulai (PBBSP) telah terpilih untuk sesi Penilaian bagi Anugerah Belia Perdana Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 kali ini.

Sesi tersebut bermula jam 6.00 petang dan berakhir kira-kira jam 7.00 malam. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi, Persatuan Belia Bersatu Seri Pulai, Saudara Muhammad Nizamuddin bin Maat dan Panel Penilai, YBrs. Encik Mohamad Fadhil bin Jamal, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Turut hadir ke Sesi ini bagi memberi sokongan ialah Saudara Mohd Iskandar Selamat, YDP Majlis Belia Daerah (MBD) Pontian, YBrs. Sukirman bin Suri, Ketua Kampung Kawasan 6, Mukim Ayer Baloi dan Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Semoga penilaian ini memberi peluang dan ruang kepada pihak Persatuan khususnya Belia tempatan mempelajari urustadbir yang baik.

Semoga berjaya!

#APBNJOHOR2022

#DAERAHPONTIAN

#DARIBELIAUNTUKBELIA

Disediakan oleh PBSD Pontian