Pagoh, 5 Januari 2020
- Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir bersama-sama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muar, Encik Mohd Saiful Nizam bin Mohd Anuar telah menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Ata Maarof di kediamannya di Taman Pagoh Jaya, Muar. Allahyarham merupakan atlet angkat berat Orang Kelainan Upaya (OKU) kelahiran Johor telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 4 Januari 2020 dalam tragedi kebakaran di kediamannya di Taman Pagoh Jaya, Muar. Kami seluruh kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Ata Maarof. Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Disediakan oleh Bahagian Sukan JBSN Johor