JOHOR BAHRU
, 6 Januari 2020 – Yang Amat Berhormat Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal, Menteri Besar Negeri Johor dengan hati terbuka telah menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir di pejabat beliau semalam. YAB Menteri Besar berharap agar jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dapat diselaraskan bersama dan lebih erat dalam memacu pembangunan belia dan sukan di Negeri Johor khususnya.

Kunjung hormat turut disertai Timbalan Pengarah Sukan, Puan Normala binti Daman dan Penolong Pengarah Rakan Muda, Puan Wardah binti Hussin.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBS Johor