PONTIAN, 27 Oktober 2021 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah dilawati dua orang Pemeriksa Aset Alih Kerajaan iaitu Encik Zulnoren b. Bain dan Encik Faizal b. Sulaiman pada jam 9.30 pagi tadi.

Pemeriksaan ini merupakan rutin tahunan Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia untuk memastikan premis kerajaan mengamalkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul. Antara yang disemak oleh pemeriksa ialah Borang Pemeriksaan Aset (KEW. PA-11), Kad Daftar Harta Modal (KEW. PA-3), Kad Daftar Aset Bernilai Rendah (KEW. PA-4) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sepanjang pemeriksaan ini, Encik Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan kakitangannya turut sama memberi bantuan bagi menjelaskan perkara-perkara yang diperlukan oleh pihak pemeriksa.

Pemeriksaan tamat kira-kira jam 2.15 petang.

#AsetAlihKerajaan2021

#TeamJBSJ

#KeluargaMalaysia

Disediakan oleh PBSD Pontian