BUKIT JALIL, 14 Oktober 2019 : Atlet Johor iaitu Muhd Luqman Haqeim bin Ramly telah mengharumkan Negeri Johor dengan memenangi Kejohanan Grand Final Esports Kebangsaan sempena Bulan Sukan Negara 2019 bagi kategori PES19. Kejohanan ini telah berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2019 bertempat di Dewan Sri Putra, KL Sports City, Bukit Jalil. Pada perlawanan akhir yang telah berlangsung sengit itu dengan menggunakan format 'Best Of 3' menemukan Johor vs Selangor yang mana akhirnya kemenangan berpihak kepada Johor dengan keputusan 2 - 1. Sebelum itu pada perlawanan Separuh Akhir, Muhd Luqman Haqeim telah berjaya menewaskan wakil dari Pahang yang juga peserta pilihan dengan kemenangan 2 - 1. Johan kejohanan ini membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM 1,000.00. Tahniah...

Luaskan Kuasamu JOHOR.

                             

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor