PONTIAN, 27 Mac 2022 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 3.00 petang telah berlangsungnya Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian itu telah dihadiri 5 orang teknikal setiap sukan bagi membantu pelaksanaan Pertandingan itu kelak.

5 acara sukan yang akan dipertandingkan ialah Futsal (Lelaki & Wanita), Sepak Takraw, Bola Keranjang 3on3 (Lelaki & Wanita), Bola Jaring dan Badminton Berpasukan. Hadiah Wang Tunai keseluruhan acara sukan berjumlah RM13,400.00 untuk direbut.

Pertandingan ini dijangka akan dilaksanakan sekitar bulan Mei 2022 dan diharapkan dengan penganjuran ini akan dapat menyemarakkan lagi Gaya Hidup Aktif di kalangan masyarakat setempat.

Tunggu maklumat seterusnya, Ayuh bersedia!!!

#MalaysiaSportsLeague2022

#TeamKBS

#TeamJBSN

Disediakan oleh PBSD Pontian