Parit Raja, 22 April 2022 - Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Belia Daerah Batu Pahat Bil 2 Tahun 2022 yang dipengerusikan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat telah diadakan di Barokah Sri Village, Parit Raja, Batu Pahat.

Turut hadir, Puan Erni Nur Shanisza binti Mohd Markhaza, Pegawai Unit Belia, PBSD Batu Pahat, Encik Mesafizam bin Mesri, YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat, Encik Mohd Faizal bin Abas, Penyelaras, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC), barisan kepimpinan tertinggi dan exco Majlis Belia Daerah Batu Pahat (MBDBP).

Mesyuarat pada kali ini membincangkan perancangan program-program pembangunan belia untuk daerah Batu Pahat bagi tahun 2022. Pelbagai perancangan program melibatkan badan-badan gabungan MBDBP, pembangunan dan pengupayaan pertubuhan tunggal, lawatan-lawatan kerja ke pertubuhan belia akar umbi dan jalinan kerjasama strategik antara jabatan/agensi berkaitan pembangunan belia.

Semoga segala perancangan dan agenda pembangunan belia daerah Batu Pahat dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk memastikan belia akar umbi mendapat manfaat dan kebaikan. Belia Batu Pahat tetap unggul

#PBSDBP

#MBDBP

#TeamKBS

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat