Batu Pahat, 25 Januari 2022 - Telah diadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Belia Daerah Batu Pahat Bil 1 Tahun 2022 di Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) Batu Pahat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat bagi membincangkan hala tuju pembangunan belia dalam daerah ini. Turut hadir, Encik Faizal Abas, Penyelaras Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) Batu Pahat, barisan penolong pegawai belia dan sukan serta barisan kepimpinan Majlis Belia Daerah Batu Pahat yang diketuai oleh Saudara Shahrezan, Timbalan YDP Majlis Belia Daerah Batu Pahat. Mesyuarat ini membincangkan agenda dan hala tuju pembangunan belia dengan jelas termasuklah perancangan takwim program dan aktiviti pembangunan belia bagi tahun 2022, pemakluman cadangan pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Batu Pahat dan juga pengukuhan gerakan Southern Volunteers Batu Pahat. Diharapkan agar semua perancangan aktiviti dan program bagi tujuan pembangunan belia daerah Batu Pahat yang dirangka bersama pemegang taruh dalam daerah ini dapat direalisasikan dengan kerjasama yang utuh. “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”#PBSDBP#KBS#JOYDEC#MBDBPDisediakan oleh PBSD Batu Pahat