PONTIAN, 21 April 2022 - YBhg. Encik Muzakir b. Mohd Sidek, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pontian telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Khatam Al-Quran Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Pontian Tahun 1443H/2022M di Pejabat Pendidikan Daerah Pontian jam 10.00 pagi tadi.

Turut sama hadir ke Mesyuarat tersebut ialah YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, YBrs. Puan Andik Radhiah bt. A. Aziz, Pengetua, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas dan Guru-Guru Penolong Kanan Sekolah tersebut. Majlis ini dirancang akan dilaksanakan pada 27hb April 2022 di Surau SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Semoga perancangan yang direncanakan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

#RakanMudaRamadan

#PrihatinMahirDinamik

#PBSDPontian

Disediakan oleh PBSD Pontian