Batu Pahat, 5 Mac 2020 - Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Program Jerayawara Ikon Antidadah @ Kawasan Rintis yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah (Pencegahan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor. 

Program ini dicadangkan berlangsung pada 20 Mac 2020 di Taman Sri Sulong, Batu Pahat dan akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK bersempena dengan lawatan kerja ke Kawasan Projek Rintis Pencegahan Dadah dan Pelencongan Sosial. 

Sesi Table Talk bersama pemimpin belia dan pemimpin komuniti akan turut dilaksanakan bagi mendapatkan input serta jalan penyelesaian berkaitan penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat