PONTIAN, 10 April 2022 - YBrs. Encik Mohd Zulhafiz bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 9.00 pagi ini.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk penyelarasan dan mendapatkan maklumat terkini persiapan pelaksanaan program MSL yang dirancang pada bulan Mei ini. Sasaran penyertaan bagi Program ini ialah 960 orang dan jumlah hadiah kemenangan keseluruhan ke semua acara ialah RM13,400.00

Turut hadir ke Mesyuarat ini ialah YBrs. Encik Mohammad Khairul bin Md Dam, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Ketua-ketua Jabatan dan Persatuan-Persatuan Sukan Daerah.

Mesyuarat tamat kira-kira jam 10.00 pagi.

Semoga pelaksanaan Program MSL Daerah Pontian Tahun 2022 berjalan dengan lancar dan jayanya.

#MalaysiaSportsLeague2022

#JBSNBersama

#SukanUntukSemua

Disediakan oleh PBSD Pontian