Johor Bahru, 22 September 2019
- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bulan Sukan Negara 2019 Negeri Johor telah diadakan di Bilik Gerakan Aras 1 Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Sheikh ‘ Umar Bagharib Bin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

Mesyuarat ini dihadiri oleh semua agensi di peringkat persekutuan, dan negeri. Turut hadir wakil dari semua Pejabat Daerah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah di Negeri Johor.

Melalui mesyuarat tersebut, telah diputuskan bahawa sambutan Bulan Sukan Negara peringkat Negeri Johor adalah pada 19 Oktober 2019 di Dataran Taman Tasik Kluang, Johor. Pelaksanaan Bulan Sukan Negara di daerah juga akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2019.

Disediakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Johor