LARKIN,JOHOR BAHRU, 8 Januari 2020 — Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor Bil.1/2020, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil.4/2019 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.4/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir. Mesej tahun baru diberikan kepada pegawai yang hadir supaya dapat meneruskan visi dan misi Jabatan agar dapat mempertingkatkan Prestasi dan kecemerlangan yang berterusan pada 2020.

Disediakan oleh KOMBES Johor